label

Khamis, 1 Oktober 2020

(Sekolah) Cerita kasut

Ini cerita semalam. Baru hari ini saya sempat update di blog. Selamat mengikuti kisah ini.


Ini situasi di dalam kelas darjah 6 saya semalam...

Saya: Saya nak tanya, ada tak murid kelas ini yang belum pernah pergi zoo?

Seorang murid perempuan mengangkat tangan lalu seorang murid lelaki mengejek murid perempuan tersebut. Kata murid lelaki itu...

Murid: Zoo pun tak pernah pergi. Hahaha... (Ada murid lain ikut ketawa tanda mengejek).

Saya apa lagi, saya tegur murid-murid itu diikuti dengan sebuah cerita kasut.

Saya: Jangan ketawakan orang yang tak pernah pergi zoo. Kehidupan setiap orang tak sama. Tak semua orang dalam dunia ni kaya. Mungkin awak tak pernah rasa miskin tetapi saya dah banyak jumpa murid sekolah yang susah.

Suara saya menjadi sebak, saya sambung cerita saya...

Saya: Saya pernah jumpa murid yang tak pernah makan mewah pada hari raya. Sebab apa? Sebab mereka tak mampu. Duit raya mereka habis beli lauk seharian. Awak tak pernah jumpa kan?

Saya: Pernah dengar tak cerita kasut murid? Pernah keluar tv cerita tu. Itu ialah kisah benar. Seorang abang dan adik berkongsi kasut sebab mereka hidup susah. Si adik selalu datang lewat dengan kasutnya kotor. Si adik juga pernah dirotan kerana lewat. Sebab apa? Sebab adiknya akan pergi ke sekolah selepas abangnya di sesi pagi balik ke rumah. Mereka ada sepasang kasut sekolah sahaja.

Cerita kasut itu telah membuka mata murid. Ada murid yang mengantuk tiba-tiba jadi segar. Suasana di dalam kelas menjadi sunyi sepi. Cuma suara saya sahaja yang berkumandang.

Selepas saya tamat bercerita, seorang murid lelaki lain bersuara. Tiba-tiba, aku jadi sedih. Huhuhu...

Semoga kisah ini menjadi pengajaran untuk kita semua :)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan