label

Rabu, 19 Februari 2020

(Sekolah) Cerita teh ais ini...

Nak kongsi cerita saya di sekolah hari ini. Saya cerita macam ni ye supaya lebih feel bila korang baca. Hehehe....

8.50 pagi: waktu free, nak pergi rehat tapi takde selera. Tanda buku je la....

9.50 pagi: dah rehat, selera makan tu masih tak datang. Tak turun rehat la & saya dah sedia untuk lapar selepas naik rehat.

10.10 - 11.10 pagi: kelas BM darjah 5. Perut saya masih belum lapar.

11.10 - 12.10 tengah hari: kelas BM darjah 6. Hausnya tekak sebab 2 jam kelas direct. Lepas ni sambung koko pula...

Selepas bunyi loceng pada pukul 12.10 tengah hari, saya singgah ke bilik guru untuk letak buku. Penat & haus menjadi sebati dalam diri.

Sampai je di meja saya...

Ada orang belanja saya teh ais ini. Nak minum tak sempat sebab nak pergi koko. Sempat letak air ni dalam koleh sahaja supaya meja tidak basah.

1.10 tengah hari: habis koko, dapatlah saya minum teh ais ini dengan tenangnya. Alhamdulillah.

Terima kasih kepada rakan yang belanja saya air ini. Terharu...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan