label

Khamis, 20 Februari 2020

(Makan) Ayam Goreng OK!

Tahukah anda? Mak saya boleh pulak teringin nak makan ayam KFC. Saya & adik saya cuba cari di KFC Taman Damansara Alif tetapi masih ramai orang. Kereta sampai tak muat nak parking.

Last2, balik kami singgah di Kampung Melayu untuk beli Ayam Goreng OK!

Gerai ayam goreng ini terkenal di Kampung Melayu sebab ayam gorengnya dijual panas2.

Rupa ayam goreng OK!

Tiba di rumah, kami pun cakap, ayam KFC takde, ayam OK je ada. Kami sekeluarga makan ayam goreng OK sambil ketawa. Ayam OK pun OK la...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan