label

Selasa, 17 Disember 2019

(Mi Casa) Beli tong biru sebagai tempat tadahan air hujan

Beberapa minggu lepas, saya beli tong biru terpakai ni untuk diletakkan di Mi Casa.

Tong biru 40 liter ini bekas tong lada kering. Saya jumpa ada orang jual tong ni di facebook. Saya beli la 3 tong biru ini. Kegunaannya, apabila hujan seperti petang tadi, saya akan tadah air hujan menggunakan tong biru ini.

Apabila air dah penuh, saya buat cuci halaman rumah guna air hujan ini. Jimat air bukan?

Air hujan ni juga boleh digunakan untuk menyiram tanaman. Akhir kata, kucing jiran saya masih berak bersepah-sepah di halaman rumah saya. Huhuhu....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan