label

Rabu, 28 Februari 2018

(Sekolah) Kenapa awak tengok saya macam tu?

Saya dah perasan lama dah..

Ada seorang murid lelaki darjah 4 ni suka tengok saya lama2 dan buat muka semacam. Bukan perasan tetapi dah banyak kali. Kalau waktu dia berjalan, dia sanggup tengok saya dan toleh ke belakang untuk tengok saya lama2. Mukanya senyum tidak, takutpun tidak.

Hari ini waktu kokurikulum, dia tengok saya lagi tak berkedip2 matanya dan mulutnya macam nak senyum, macam tak nak senyum. Lupa, murid tu kecil molek dan pendiam. Waktu dia dah melepasi saya, dia toleh lagi ke belakang dan matanya tengok je mata saya.

Saya tak puas hati, saya terus tanya, "kenapa awak tengok saya macam tu?" Agak2 apa jawapan murid tu?



Gambaran cara murid tu tengok saya...


Murid tu tak cakap apapun. Dia senyum sedikit lalu pergi... Pelik pelik....

Tiada ulasan:

Catat Komen