label

Jumaat, 9 Februari 2018

(Makan) Resipi Siakap 3 Rasa

Cuti sekolah hari ini, saya masak ikan siakap 3 rasa. Di Mydin ikan siakap tengah murah, seekor RM7.88.

Ikan Siakap Masak 3 Rasa

Terpedas sikit masak hari ini..

Resipi sambal 3 rasa:

Bahan kisar
20 lada kering
2 biji bawang besar
3 biji bawang putih
1 ibu jari halia
Sebatang serai

Bahan dipotong dadu:
1 biji nenas
1 biji timun
3 biji tomato

Sos cili
Garam
Gula

Video 

Cara-cara:
1. Masukkan minyak.
2. Masukkan bahan kisar & tumis.
3. Letak sos cili.
4. Letak nenas, timun & tomato dipotong dadu.
5. Masukkan garam & kalau nak cair tambah air.
6. Kalau perlu, tambah gula.
7. Siap!

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Komen