Hari ini saya lunch di Medan Selera Kulai Besar. Ada satu gerai ni, menunya special sikit..
Tara....! Ikan siakap goreng panas RM10. Boleh makan 3-4 orang sebab saiznya besar. Cicah sambal kicap & sambal asamnya, memang padu!
Saya ambil siput sedut masak lemak cili padi batang keladi. Semangkuk RM5, boleh makan 3 orang.
Ini nasi saya & sambal tempe saya.
Minuman saya, sirap limau ais.
Alhamdulillah, sedap! Berselera saya makan.
Makanan ini saya beli di Gerai Makan Azilah, gerai nombor 17.
Inilah Medan Selera Kulai Besar.
Keseluruhannya, saya amat berpuas hati makan di sini sebab sedap & murah sikit berbanding di JB. Alhamdulillah.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan