label

Jumaat, 18 Ogos 2017

(Cerita) Corat-coret Klinik Didik BH Tesco di UTM

Hai, hari ini saya telah menjadi guru pengiring ke Klinik Didik BH Tesco di UTM. Ada kisah suka duka di sini hari ini. Berikut perkongsiannya.

Disebabkan murid ramai & bas ada 1, pihak penganjur menyediakan 1 lagi van tambahan. Saya naik van ini.

Ikut surat, di sinilah tempatnya. Kami diturunkan di sini & pengangkutan kami bertolak balik.

Rupa2nya salah tempat. Kami beramai2 berjalan kali ke tempat yang sebetulnya. Ada kesilapan teknikal.

Di sinilah tempatnya. Jauh juga berjalan ke sini.

Pagi2 dah exercise berjalan kaki. Macam jungle trekking pulak.

Oke, dah sampai.

Klinik Didik bermula. 

Sarapan pagi.

Buat jus buah guna blender basikal. Kayuh basikal untuk kisar buah ini. Dari kiri saya, Cikgu Rosnaini, Cikgu Azizah & Cikgu Zaiton.

Selepas seronok2 bergambar lepas sarapan, kami masuk ke dewan kuliah semula untuk berbengkel. 

Tiba-tiba, Cikgu Rosnaini menangis selepas menjawab 1 panggilan..

Rupa2nya beliau mendapat khabar ayahnya meninggal dunia di rumahnya. Alfatihah...

Kami menjadi kalut seketika sebab kami semua naik bas & van. Macam mana nak hantar beliau balik?

Alhamdulillah, ada cikgu dari SK Taman Molek bawa kereta. Kami meminta bantuannya. Selesai...

Bengkel berakhir pada pukul 5.45 petang. Kami bertolak balik ke sekolah semula. Jalan sesak pulak waktu nak balik.

Saya mabuk & rasa nak muntah. Alhamdulillah, selamat boleh tahan sehingga sampai di sekolah. 7.17 petang sampai di sekolah.

Sampai di sekolah, saya tak jadi muntah. Cuma pening2 je. Alhamdulillah. Sebuah kisah yg menguji kesabaran hari ini.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan