label

Sabtu, 14 Februari 2026

(Video) Salam Ramadan 2026

Assalamualaikum. Inilah video Ramadan suka-suka yang saya hasilkan...


Video

Salam Ramadan

 

Jumaat, 13 Februari 2026

(Sekolah) Pelancaran Program Ihya Ramadan 2026

Assalamualaikum. Hari ini diadakan pelancaran program Ihya Ramadan 2026 di sekolah.











Minggu depan dah puasa...

Isnin, 9 Februari 2026

(Sekolah) Kumpulan bertugas 5

Assalamualaikum. Minggu ini, kumpulan saya yang bertugas. Kumpulan bertugas 5 daripada 7 kumpulan.

Saya bertugas mengendalikan slot awal pagi. Elektrik aras 1 tiada pula pagi tadi.



Waktu perhimpunan, mulalah tangan saya nak rakam gambar.

Suasana perhimpunan di sekolah.

Hari ini pengalaman pertama saya bertugas sesi pagi di sekolah baharu.

(Masak) Pulut kuning cicah kurma ayam cili padi

Assalamualaikum. Ini hasil kejadian pulut kuning dan kurma ayam cili padi semalam.

Pulut kuning dan kurma ayam cili padi.






Pertama kali masak pulut kuning guna rice cooker.

Ahad, 8 Februari 2026

(Masak) Kurma Ayam Cili Padi

Assalamualaikum. Pulut kuning tadi saya nak makan dengan kurma ayam cili padi.

Kurma Ayam Cili Padi 



Resipi kurma ni macam resipi kurma biasa cuma saya kisar cili padi bersama bawang, halia dan serai supaya ada rasa pedas-pedas dan tak muak.

Video

Waktu cuti sekolah, bolehlah masak-masak macam ni...
 

(Masak) Pertama kali masak pulut kuning guna rice cooker

Assalamualaikum. Selamat pagi. Pagi ini saya cuba masak pulut kuning guna rice cooker buat pertama kali.

Alhamdulillah, jadi.

Pulut kuning guna rice cooker.

Resipi:
8 cawan pulut susu
8 cawan air santan (2 kotak santan saya campur dengan 6 kotak air guna kotak santan tadi)
Garam secukup rasa
Minyak secukup rasa untuk kilatkan pulut

Video

Nisbah pulut dan air santan ialah 1:1. Pulut susu ni adik saya beli dari Thailand. Pagi ni nak sarapan pulut kuning dengan serunding daging.

Alhamdulillah.

Sabtu, 7 Februari 2026

(Cerita) Tahun lepas, selalu beli makanan di sini

Assalamualaikum. Pagi tadi saya makan di sini.

Teringat tahun lepas semasa saya mengajar pada sesi petang, saya selalu bungkus makanan di sini sebelum pergi ke sekolah.

Lauk kegemaran saya, ayam goreng, sambal tempe dan sambal belacan dia.

Kalau makan di sini, mesti saya akan teringat kenangan tahun lepas.

(Cerita) Terhantuk

Assalamualaikum. Kisah pagi tadi...

Dahi saya luka terhantuk sesuatu.

Selamat luka calar sikit sahaja. 

Rabu, 4 Februari 2026

(Cerita) Oleh-oleh dari Batam

Alhamdulillah, saya dapat oleh-oleh dari Batam daripada rakan sekerja.

Oleh-oleh dari Batam. Ada sambal Uleg dan minyak angin Fresh Care.

Minggu lepas, rakan-rakan sekerja saya bercuti di Batam. Terima kasih semua.

(Cerita) Probiotik Lacto-5 bagus

Assalamualaikum. Probiotik saya dah sampai.

Probiotik Lacto-5, saya beli di Tik Tok (Watsons) sebab lebih murah.

Waktu saya kerja farmasi dulu, probiotik ini yang saya cadangkan jika pelanggan mahu melancarkan buang air besar, membantu menyelesaikan masalah penghadaman dan melegakan perut. 

Insya-Allah usus pun terasa segar selepas makan probiotik ini. Sebenarnya saya dah pernah makan probiotik ini dua bulan lepas. Alhamdulillah, saya dapat rasa kesannya.

Saya beli stok probiotik ini untuk persediaan bulan Ramadan nanti.

Selasa, 3 Februari 2026

(Sekolah) Perjumpaan kedua Dodgeball

1M1S pagi tadi...

Perjumpaan kedua permainan Dodgeball.

Pengenalan dodgeball.

Saya pun baru dalam permainan dodgeball ni. Kena belanja daripada kawan dan juga YouTube.

(Cerita) Niat nak minum ABC Kampung Melayu sahaja...

Assalamualaikum. Ini cerita petang tadi...

Cuaca panas, ingatkan nak minum ABC sahaja di Medan Selera Azmi Wawa Kampung Melayu...

Tetapi akhirnya order makanan juga, murtabak daging special dan...

Sate daging secucuk RM1.00.

Saja lepak petang di Kampung Melayu.

Sabtu, 31 Januari 2026

(Download) Contoh Pemetaan Pendidikan Sivik 2026

Assalamualaikum. Tahun 2026, tiada contoh pemetaan Pendidikan Sivik yang disediakan. Saya guna balik pemetaan Pendidikan Sivik tahun lepas dan saya hanya ubah tarikh sahaja.

Pemetaan Pendidikan Sivik 2026

Kalau cikgu-cikgu nak, boleh tekan link di bawah:


Semoga bermanfaat.

Jumaat, 30 Januari 2026

(Sekolah) Hikmah besar redeployment

Assalamualaikum. Saya nak kongsi bahawa percaturan Allah itu sangat indah. Ada hikmah besar redeployment saya ke sekolah baharu. Hikmah itu biarlah saya sahaja yang tahu.

Gambar sebelum saya redep ke sekolah baharu.



Alhamdulillah, saya sangat bersyukur dengan kejadian hari ini. Betul seperti lagu Ukays, pahit akan manis juga akhirnya. Maaf, sekali lagi. Biarlah saya sahaja yang tahu tentang apa yang berlaku pada hari ini.

(Masak) Mi goreng malam

Assalamualaikum. Malam ini saya masak mi goreng. Jarang-jarang saya masak mi goreng pada waktu malam. Malam ni lain atas sebab-sebab tertentu.

Saya namakan mi goreng malam.



Video.

Masak sendiri lebih puas hati. Boleh letak rencah banyak-banyak.



Selasa, 27 Januari 2026

(Sekolah) Larian Merentas Desa 2026

Assalamualaikum. Hari ini diadakan Larian Merentas Desa 2026 di sekolah saya.










Video.

Alhamdulillah, cuaca baik. Proses berjalan lancar.