label

Rabu, 20 Januari 2021

(Sekolah) Saya dan trademark Rahsia!

Hari ini PDPR bermula. Di group whatsapp kelas, saya buat satu video untuk memperkenalkan guru-guru yang mengajar kelas saya.

Gambar lama ni.

Bila ada video ni, ibu bapa murid tahu siapa guru yang mengajar anak mereka secara online.

Selepas video tu saya upload di youtube, saya dapat komen daripada bekas murid saya.

Tengok komen yang kedua, dia masih ingat dialog dalam kelas sewaktu saya mengajar dia.

Saya memang banyak guna perkataan rahsia di sekolah. Murid-murid dah sinonim dengan cara saya. Sikit-sikit rahsia. Hehehe...

Tiada ulasan:

Catat Ulasan