label

Selasa, 11 Jun 2019

(Cerita) Dugaan membuat bihun sup

Hari ini saya demam tetapi saya tetap pergi ke sekolah. Di sekolah saya tak makan sebab takde selera makan nasi. Rasa nak makan bihun sup tetapi kantin tak jual pulak.

Balik sekolah, saya singgah di Econsave nak beli ubat batuk, panadol, Strepsils & bahan2 nak buat sup ayam. Hari ini nak buat sup ayam tidak mudah bagi saya... Ini ceritanya.

Semua bahan ada, tetapi daun sup pulak habis.

Ramai pulak yg beli ayam. Kena beratur lama. Dah la pening kepala...

Sebelum balik, saya makan Strepsils dulu. Selalu kalau demam, saya makan gula2 ni untuk kelegaan tekak.

Okelah, saya nak masak dulu guna periuk Noxxa. Nanti sambung lagi.

Tiada ulasan:

Catat Komen