label

Selasa, 2 Oktober 2018

(Review) Filem Paskal terbaik!

Semalam, saya dah tengok filem Paskal di pawagam. Mesti ada yg nak tahu review drpd saya tentang filem ini kan?

Ini dia review filem Paskal drpd saya. Saya buat point2 ringkas ye...

Filem Paskal

1. Saya kagum tengok lakonan Hairul Azreen sebagai Arman dalam filem ni. Macam Paskal sebenar & tak nampak langsung karakter Hairul Azreen yg happy go lucky dalam filem ni. Touching tengok Hairul Azreen meraung menangis dalam filem ni. Hehehe...

2. Filem ni serba-serbi saya puji, daripada penggambaran, sinematografi, audio, sound effect & lagu latarnya. Waktu part tembak2 tu, macam rasa ada dalam filem tu sebab bunyinya macam dengar dekat dgn kita. Latar tempat filem ni pun cantik.

3. Semua pelakon berjaya melakonkan watak masing2 dgn cemerlang. Ada watak serius, alim, lawak, sedih & jahat. Lengkap!

4. Tetapi, watak Arman lakonan Hairul Azreen memang menyerlah dalam filem ni. Memang sesuai dia sebagai watak utama. Saya yakin, ramai yg suka dgn watak Arman.

5. Jalan cerita Paskal mudah difahami kerana plotnya disusun dgn kemas sekali. Lengkap! Ada part suspens, sedih, geram, terkejut, kelakar & ada nilai kekeluargaan.

6. Filem ni jelas menggambarkan perpaduan 1 Malaysia & semangat patriotisme. Saya suka!

7. Saya suka part akhir filem ni, pertarungan antara Jep & Arman. Serius, dup dap dup dap jantung tengok diorang gaduh.

8. Paling berbaloi tengok filem ini ialah apabila penonton faham dgn mesej yg ingin disampaikan. Mesej filem ini jelas kerana dipersembahkan oleh team filem Paskal yg hebat.

9. Habis filem ini semalam, ramai penonton tepuk tangan di pawagam tanda puas hati.

10. Akhir sekali, tak rugi tengok filem ini. Jujur ni, memang best! Saya bagi 10 bintang!

Bukti saya dah tengok di pawagam.

Saya tengok AEON Tebrau.

Tengok sebelum pukul 6 petang, harga tiket RM10 guna kad debit Maybank.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan