label

Sabtu, 28 April 2018

(Cerita) Dugaan balik dari Pertandingan Bicara Berirama 2018

Hari ini pertandingan Bicara Berirama 2018. Esok baru saya update tentang pertandingan itu.

Sebelum tidur, saya nak kongsi kisah saya semasa nak balik dari pertandingan tersebut.

Waktu hantar murid, hujan turun dgn lebatnya. Saya belum makan nasi seharian atas sebab2 tertentu.

Nak balik rumah, jalan jammed sebab hujan & banjir di sesebuah tempat.

Alamak perut saya semakin lapar sebab belum makan nasi. Saya cuma makan roti je pagi tadi.

Jam dah 5.44 ptg. Perut semakin lama semakin lapar.

Nak singgah McD Pandan, ramai orang.

Saya pusing & pergi  di McD Tebrau. Pun ramai orang.... Saya memang nak makan di restoran makanan segera sebab cepat & nak hilangkan penat duduk lama dalam kereta. Bosan terperangkap dalam kesesakan.

Akhirnya saya makan di KFC Taman Molek.

Tengok, mata saya merah sebab kurang minum air.

Pukul 7 baru sampai umah.

Sampai rumah, sedapnya mandi & dapat baring dalam bilik.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan