label

Jumaat, 9 Mac 2018

(Makan) Resipi spageti goreng lada hitam

Kawan saya minta resipi spageti goreng lada hitam tadi.. Saya share kat sini la..

Spageti goreng lada hitam

Bahan:
1 bungkus spageti (rebus & campur minyak dulu)

1 biji lada benggala
1 biji bawang besar dihiris kasar
2 biji bawang putih dihiris
6 biji cili padi dihiris (ikut selera)
10 batang sosej dipotong kecil
1 tin sos lada hitam Prego
Serbuk lada hitam Ajinomoto (pilihan, tak nak letak pun tak apa)
Garam

Cara masak:
1. Panaskan minyak. Tumis bawang putih, bawang besar & cili padi.
2. Masukkan sosej.
3. Masukkan lada benggala.
4. Masukkan sos lada hitam (saya letak air dalam tin prego tu separuh & campur dalam sos sebab nak cairkan sikit).
5. Masukkan garam & serbuk lada hitam.
6. Masukkan spahgeti. Gaulkan sebati & siap.


Sos lada hitam Prego

Selamat mencuba!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan