label

Selasa, 20 Jun 2017

(Sekolah) Cikgu, rotanlah saya!

Masih teringat lagi peristiwa semalam... Apabila saya mahu menelefon ayah murid untuk memberitahu kesalahan anaknya, inilah yang berlaku.


Murid: Cikgu, saya minta maaf. Jangan telefon ayah saya!

Cikgu: Saya kena bagitahu ayah awak jugak.

Murid: Cikgu, pukullah saya, rotanlah saya, saya tak nak ayah saya mati. Ayah saya ada darah tinggi. Kalau cikgu beritahu, nanti darah tinggi ayah saya naik. Tolonglah cikgu... (sambil menangis)

Cikgu: Saya tak nak. Biar ayah awak denda awak.

Murid: Jangan cikgu, saya minta tolong dengan cikgu. Saya tak nak beraya tanpa ayah. Tolonglah cikgu.... (menangis)

Dah macam drama Akasia dah... Saya saja je psiko dia, tak call pun ayah dia. Ada ketika, denda secara psikologi lebih berkesan daripada denda secara fizikal.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan