label

Ahad, 21 Mei 2017

(Sekolah) Pendedahan eksklusif, kenapa ramai murid beli spinner?

Hari ini saya merampas spinner daripada seorang murid di sekolah. Murid dilarang bawa dan bermain spinner di sekolah. Memang sedang trend murid membeli dan memiliki spinner sekarang ini. Mengapakah ini terjadi? Ikuti pendedahan cerita seorang murid ini kepada saya hari ini.

Spinner

Ini cerita seorang murid darjah 4 kepada saya...

Saya: kenapa ramai murid suka beli spinner? Saya tak nampak ada faedah pun..

Murid: cikgu nak tahu tak, sebenarnya diorang main macam basikal lajak. Mereka akan lawan pusingkan. Spinner siapa berhenti dulu, dia kena bagi spinner dia pada orang yang spinnernya lambat berhenti.

Saya: macam main judi la...

Murid: a a.. cikgu. Macam main judi.

Oh, barulah saya faham antara sebab kenapa ramai murid suka beli spinner. Terima kasih murid yg memberikan maklumat ini kpd saya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan