label

Khamis, 30 Mac 2017

(Sekolah) Beli relaxation sandal

Ha, lihat ni..

Relaxation sandal saya..

Saya beli dengan ejen selipar ni yg datang ke sekolah. Siapa nak beli, ada no telefonnya tu..

Sedap pakai.. 

Rabu, 29 Mac 2017

(Sekolah) Latihan Bicara Berirama 2017

Pagi tadi dah masuk kali ketiga latihan bicara berirama diadakan. Saya share sikit gambar dan video latihan pagi tadi.

Peserta bicara berirama yang berjaya dipilih melalui sesi ujibakat.

Bersemangatnya mereka. Alhamdulillah..


Video latihan pagi tadi.  Sikit je..

Minggu depan sambung berlatih lagi..

Selasa, 28 Mac 2017

(Makan) Takoyaki sotong melambai

Malam ini saya cuba makan takoyaki sotong melambai.

Takoyaki sotong melambai. Tengok tu janggut sotongnya melambai2.

Takoyakinya besar sedikit daripada biasa.

Memang geram tengok sotongnya... Harga, 6 biji RM10. Berbaloi!

Macam ada keju juga.. Rasanya sangat sedap.

Tengok ni, sotong dalam takoyaki tu..

Kalau orang2 JB yang nak cuba, ni nama penjual takoyaki ni.

Serius, sedap sangat. Boleh repeat order ni.. Hehe..

(Download) Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Moral Tahun 2 KSSR

Nah, saya share Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Moral Tahun 2 KSSR.



Download:

Semoga bermanfaat.

(Download) Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Moral Tahun 1 KSSR 2011

Hai!



Saya nak share Rancangan Pengajaran Tahunan Pendidikan Moral Tahun 1 KSSR yang bermula pada 2011. Tak tahu la sama dengan buku teks yang sekarang ni, sebab saya dah tak ajar Moral lagi.

Cuba la tengok dulu..

Download:

Kalau boleh guna, ambillah.

Isnin, 27 Mac 2017

(Sekolah) Saya tak sihat

Ingatkan pening biasa pagi tadi, saya pun pergi ke sekolah. Sampai sekolah, kepala lagi pening dan badan mula sejuk. Rasa macam demam.

Di sekolah, sepanjang hari saya minum air Revive ni. Selera makan takde..

Balik sekolah teringin nak makan sup2 ni, jadi saya singgah di satu kedai makan ni, bungkus nasi ayam penyet kegemaran.

Semoga saya cepat sembuh. Doakan saya kawan2.

Ahad, 26 Mac 2017

(Sekolah) Murid Cina ini suka bercerita

Setiap kali saya relief kelas Moral darjah 4 ni, murid Cina ini suka berbual dengan saya.


Hari ini dia cerita tentang dia akan balik ke kampungnya pada minggu depan. Kampung dia di Sitiawan Perak. Selepas itu, dia cerita juga, dia ada telefon pintar yg berjenama Xiaomi.

Setiap kali saya masuk ke kelasnya, kerap kali juga dia bercerita dengan saya. Ada je topiknya. Hehe...

(Sekolah) Pelancaran Minggu Antidadah

Hari ini pelancaran Minggu Antidadah di sekolah saya. Saya kongsi gambar gimik pelancaran tadi.

Gimik pelancaran guna model rokok rekaan.
 
Guru besar membakar rokok.

Selepas itu, rokok direnyukkan ke dalam tong.

Saya bertugas sebagai jurugambar.

Sabtu, 25 Mac 2017

(Makan) Ayam bakar madu UTM

Hari ini saya lunch di UTM. Tempat kesukaan, Arked Meranti.

Sebabnya saya suka makan nasi lauk ayam bakar madu di sini. Makan sekali dengan sambal tempe, letak kuah kari, aduh sedapnya... hehe..

Dulu masa belajar di UTM, inilah makanan kegemaran saya.

Jumaat, 24 Mac 2017

(Cerita) Kaki shopping di Lazada?

Saya antara customer shopping online di Lazada.

Lazada buat sale dari kelmarin hingga hari ini.

Ada la beberapa barang saya beli sebab lagi murah berbanding di kedai. Paling saya suka bila Lazada buat sale ialah flash sale Lazada. Murah giler... Alhamdulillah.

Rabu, 22 Mac 2017

(Makan) Sotong goreng gunting pasar malam

Pertama kali cuba, sotong goreng gunting pasar malam.

Ini rupanya..

Juicy rasa sotongnya..

Rangup janggutnya..

Sotong goreng gunting. Seekor RM9.00.


Saya sempat rakam proses penyediaan sotong goreng gunting tadi.

Sedap dan mengenyangkan. Alhamdulillah.

Isnin, 20 Mac 2017

(Kenangan) Sri Raj sayang Cikgu Zahidi

Setiap kali saya tengok video ni, mesti saya akan senyum sendirian.

Bekas murid saya pada tahun 2012, Sri Raj.


Kredit video: Cikgu Adila. Waktu video ini dirakam, saya tak datang ke sekolah sebab bengkel kot. Esoknya, Cikgu Adila tunjuk video ini kepada saya.

Siapa Sri Raj? Saya pernah menjadi guru kelasnya pada tahun 2012 (5 Delima). Dia seorang murid yang popular di sekolah dulu. Itu je boleh saya kongsi. Hehehe..

Sabtu, 18 Mac 2017

(Sekolah) Bengkel BM Tahun 6 2017

Kelas tambahan BM Tahun 6 hari ini digantikan dengan...

Bengkel Menjawab UPSR BM Cemerlang oleh cikgu berpengalaman, Cikgu Jensani.

Suasana bengkel.

Banyak ilmu berguna dikongsi melalui bengkel ini.



Contoh, cara nak jawab karangan cerita tindakan.

Selesai bengkel tadi, maka berakhirlah program sekolah pada cuti kali ini. Saya dah boleh bercuti ni. Hehe..

Selamat bercuti!

Jumaat, 17 Mac 2017

(Sekolah) Apabila ajar kelas tambahan Matematik?

Cerita pagi tadi, saya ganti kawan saya mengajar kelas tambahan Matematik Tahun 6. Kawan saya ada urusan tertentu.

Suasana kelas tambahan pagi tadi.

Jom tengok reaksi murid apabila saya ajar Matematik pagi tadi.

Saya: Awak siapkan sampai pukul 11.00 pagi. 1 jam lagi, kita guna untuk bincang jawapan.

Murid: Apa? Bincang jawapan? (Buat muka tak percaya)

Saya: Ye la, kita bincang jawapan.

Murid2 ingat pagi tadi cuma buat latihan dan bincang jawapan dgn guru mereka pada naik cuti nanti. Rupanya tidak..

Ye la, saya dikenali sebagai cikgu BM di sekolah. Hehehe.. Tu yang murid macam tak percaya tu..


Alhamdulillah, kelas tambahan berjalan lancar walaupun saya kekok sebenarnya.

(Info) Cara menyemak markah prestasi guru

Cara2 nak semak markah prestasi guru..



1. Buka google, taip hrmis2. Laman web hrmis2 akan berada pada carian pertama. Klik dan akan keluar halaman seperti di atas. Boleh log in.

2. Bila dah boleh log in, klik laporan penilaian prestasi tahunan (lihat anak panah).

3. Selepas itu, klik fungsi, klik penilaian prestasi dan klik pegawai yg dinilai.

4. Selepas itu, klik slip keputusan PBPPP. Keluarlah markah anda.


Selamat maju jaya!

Rabu, 15 Mac 2017

(Kenangan) Pengacara Hari Sukan 2011

Ini kenangan Hari Sukan 2011..

Saya ditugaskan untuk menjadi pengacara Hari Sukan 2011. Ini kali kedua saya jadi pengacara Hari Sukan.

Gambar ni waktu saya masih kurus lagi. Hehe..

(Sekolah) Bengkel Data 2 2017

Pagi tadi, saya terlibat bengkel data di sini..


SK Taman Megah Ria

Saya orang pertama sampai. Saya datang 1 jam awal sebab tak nak sesak di jalan raya dan nak duduk dekat tempat yg ada suis untuk laptop saya.

Cak! Mengantuk sikit hari ini. Hehe..

Isnin, 13 Mac 2017

(Info) Tip penggunaan telefon pintar Yes

Nak share juga perkongsian drpd whatsapp tentang penggunaan telefon pintar Yes Altitude ni.

TIP UNTUK PENGGUNA YES ALTITUD

#TIPS1

Tau x kita boleh menelefon kawan2 kita menggunakan no yes dgn PERCUMA??  Walaupun simkad kita tiada kredit tapi tetap boleh berhubung asalkan menggunakan ni yes 😱Bagaimana caranya??? 

1. Pergi ke phone (lambang telefon hijau)
2. Klik contact
3. Klik new contact
4. Masukkan no yes kawan2... tak kira sekolah yg sama atau dari sekolah lain. 
5. Boleh mula calling2 secara percuma 
👏🏻👏🏻👏🏻

#TIPS2

Jika dah aktifkan phone, tapi tak dapat menerima panggilan... tolong update phone dulu..

#TIPS3

Jika nak tahu status akaun yes kita... boleh klik kat *myyes4G*. Disitu ada ditunjukkan berapa gb dah guna internet. Jika icon *myyes4G* masih warna biru, maksudnya belum update. Icon yes tu mesti warna putih.

#TIPS4

ROM untuk hp yes ialah 8gb
RAM pula 1gb

Jika nak simpanan yg besar, cikgu boleh beli memory card tambahan ✌️️ baru boleh simpan byk benda dan hp tak jadi lembab 😄

#TIPS5

Hp yes kita mmg boleh install whatsapps atau telegram. Tetapi apps2 itu akan mkn data cikgu2 jika tidak menggunakan wifi.....

So..install la FROG CHAT untuk chating secara PERCUMA 👍

#TIPS6

Rasa terganggu dengan auto correction bila menulis msg????

Senang saja nak offkan:
1. Klik setting
2. Klik language&input
3 klik google keyboard
4. Klik text correction
5. Off kan 3 dari atas

Haaa dah boleh taip mcm kilat ⚡️⚡️⚡️ 😜👍

#TIPS7

Jika data 2gb tidak cukup 😱 jgn susah hati... langgan lah pakej RM29 utk mendapatkan tambahan data 8gb 👏🏻👏🏻👏🏻

#TIPS8

Bagaimana nak Ada nama sendiri kat Phone Altitude...maklumla  hp semua mcm kembar 😅
Caranya: 
1. Setting
2. Security
3. Owner Info.....
😂😂😂😂

#TIPS9

BAGAIMANA NAK SCREENSHOT???

senang je... klik button POWER dan button VOLUME serentak 👌✌️️

👆🏻Sbg perkongsian maklumat ..tq

#copypaste sharing is caring
#yesaltitude

(Sekolah) Taklimat pengggunaan telefon pintar Yes

Selesai sesi mengajar, kami diberi taklimat tentang cara penggunaan telefon pintar Yes yang dapat semalam.


Taklimat daripada guru ICT.

Baru nak hidupkan telefon ini dan setting.

Semoga telefon ini memberi manfaat utk semua.

Ahad, 12 Mac 2017

(Sekolah) Dapat telefon pintar Yes Altitude

Hari ini semua guru di sekolah saya dapat telefon pintar Yes Altitude serta simkad Yes dengan data 2gb percuma setiap bulan. Telefon ni, semua guru di Malaysia dapat untuk pengajaran secara VLE (Virtual Learning Education).


Semua guru gembira.

Telefon pintar Yes Altitude.

Ini rupanya.

Cek dulu.


Alhamdulillah.

(Info) Kebaikan mengunyah gula getah

Kebaikan mengunyah gula getah:

1. Senaman muka (menegangkan kulit muka).
2. Membantu menghilangkan dagu berlapis (double chin).
3. Mengelakkan mengantuk.

Gula getah.

(Download) Laporan Mesyuarat Agung PIBG Ke 17 dan Hari Anugerah Cemerlang



Klik:


Sabtu, 11 Mac 2017

(Cerita) Harga pensel Pilot Shaker sekarang

Dulu waktu saya sekolah menengah, harga pensel Pilot Shaker ialah RM5.90.

Pensel Pilot Shaker. Pensel mekanikal yang mahal tapi berkualiti.

Sekarang harga pensel ini RM8.20 di kedai alat tulis biasa.

Alah membeli, menang memakai.